Assalamualaikum
Hari Selasa 6 Disember 2011 bersamaan 10 Muharram 1432 H merupakan Hari Assyura yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam.
PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM
Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .
(متفق عليه)
Maksudnya :
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع
Maksudnya :
Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.
Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.
10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :
Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.
14 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA
1.Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2.Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3.Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4.Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5.Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6.Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7.Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8.Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
9.Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11.Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12.Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13.Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment