Dec 10, 2012

Nutella Mille Crepe Cake

 Kenapa tiba-tiba aku nk wat mille crepe cake?kenapa bukan durian crepe yg tgh glamor sekarang nih.. ini adalah kerana durian crepe or durian pancake aku penah makan .. dah lame dahh 2-3 tahun lepas. Tapi Mille Crepe aku xpenah try pom lagi.. dah ni 1st time aku buat.. agak disaster jgk la apabila aku buat 1st cut to my mille crepe.. Nutella aku cair! meleleh abis dlm bekas..so some forensic session done!  Maybe berpunca dari suhu fridge yang tidak sejuk.. lepas ubah letak dlm fridge lain br laa ok.. masa potong pom mille crepe tu nmpk cantik ..xhancus. Overall aku rate rupa Nuttela Mille Crepe aku nih 4/10.. hahaha underate sbb kerana nutella yg cair itu.. tp still sedap dimakan dan aku xpenah try pom mana2 mille crepe lagi so aku tidak tau apakah rasa sebenar mille crepe.

Ehhhh apa itu mille crepe... baik lah aku dah googling psl mille crepe ni.. ianya berbnyi begini
" Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Perancis dikatakan mula di kenali di Kota Perancis dan menular ke  negara matahari terbit iaitu Jepun. Di Jepun, harganya pun boleh tahan juga anggaran 380 ~ 400 yen sepotong. Kini ianya juga telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang sentiasa ingin rasakan kelainan dan mereka yang cintakan kek. Kalau di Malaysia pula harganya sekitar RM 10 ~ RM 15 ringgit sepotong bergantung kepada jenis dan juga kedai atau restoran yang menjualnya. Cara membuatnya cukup mudah dengan bahan yang cukup simple. Semua orang boleh mencubanya dan rasakanlah sendiri keenakan kek yang berlapis-lapis ini" (sumber)

Selepas puas mengoogling segala resipi aku mula lah mencari bahan-bahan. Aku suka sbb xperlu pakai mixer... pakai whisk pom ok.. pastu xpayah bake! I like non-baked cake.. just buat crepe jer. Berbekal kan non-stick pan yang aku beli kt ikea.. aku mulalaa buat crepe.. dan lapis2 jadi laa mille crepe... Sila lah menjamu mata.. presentation agak terhad sbb xsempat nk beli buahan2 yg berwarna meriah.. hehe

 Bahan-bahan crepe..
3 sdb gula castor*
4 biji telur A*
60 gm butter - cairkan*
1 sdk esen vanilla*
190 gm tepung gandum(ayakkan)
(Aku satukan semua bahan * dan blend.. kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung kedlm bahan crepe yang di blend tadi dan pukul(whisk).. setelah kelihatan sebati.. tapis bahan crepe ni pastu biarkan bahan-bahan ini berada dlm keadaan suhu bilik selama 30-40minit.. kasi mereka rehat dan mesra bersama dulu)

Fillings.
1)nutella (chocolate hazelnut spread)

2) 200ml fresh cream (heavy whipping cream)
1 tbsp. granulated sugar
satukan fresh cream dan gula kemudian pukul sehingga tekstur cream bertanduk.
(pukul dalam keadaan mangkuk bahan-bahan cream berada di dalam besen yg berisi air sejuk/ais )

 campurkan semua bahan-bahan crepe .. whisk kan dan tapis

 Sendukan 2 senduk crepe keatas non-stick pan..buat nipis2 jer.

 Ini lah hasil nya.. aku dpt buat dlm 22crepes.

 Bahan-bahan filling dan banana tu aku lapiskan kat 1st crepes jer..:)

sapu cream..
 
 dan sapu nutella dan ulang sehingga crepe terakhir..

 aku letak skit jer banana... tp kalau letak byk lg best sbnrnye..:)

 Disebabkan aku tiada hiasan lain.. lapisan atas aku letak cream sebagai topping.

potongan Nuttela Mille Crepe yang dikira berjaya setelah bertukar fridge.. yuMMeh! 


 inspirasi..nanti nak buat yang macam ni..
Dan macam ni juge! nyummmMs
Boleh ke websites http://www.crepesmille.com/  , http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/10/mille-crepe-with-vanilla-cream-custard.html , http://juicycafe.blogspot.com/2012/04/chocolate-mille-crepe-cake.html
Selamat Mencuba!

 

No comments: