Dec 31, 2011

Last entry for 2011

2011 bakal meninggalkan kita..ini bermakna umur akan bertambah..;)

Apa pencapaian yang telah di capai pada tahun 2011. Pikir punye pikir macam takde ape2 pencapaian yang bagus telah aku capai.. Aku perlu buat sesuatu.

Apa yang aku nak? Ehemmmmm haruslah nak kawin..umur dh banyak cik suria oii.. Insyallah kalau ade jodoh tak kemana. Bila nak kawin kena ade Money... So kalau nk Money kena kerja kuat.. So aku akan kerja rajin2. Tp dalam kepala otak aku nih bnyak lagi perkara2 yang aku nk buat. semuanya untuk kepuasan diri sendiri.hehe

Wish list 2012 aku antaranya.. aku nak sangat buat diving license.. Aku juga nak sangat daki Gunung Kinabalu.. Since tahun 2011, aku memang xbercuti kemana..tahun 2012 aku nak bercuti2..insyallah mintak sangat ade rezeki lebih..

Apa-apa pom selamat tinggal kenangan 2011.. Aku akan buat yang lebih baik pada tahun hadapan. I Promise!

Happy Birthday LOVE



You  turned to 29th..Happy Birthday to you Dear..May Allah blessed you.

I Love You always....

Insyallah we will be together forever.
Amin...

Dec 28, 2011

cotii panjang..

Best nyee bercotii...now ku still lg berada di kampung..bercoti until new year..oh i love holiday .. kt kmpung pom dah cukup best.. aktiviti harian as usual makan..makan..makan.. br aku terfikir..alangkah best nye kalau kB ade tmpt2 riadah tmn tema ker..ice skating ker..hehe..tp one day akan ade kut..my wish..hehe..

Dec 18, 2011

Fadhilat Bismillah 6

Assalamualaikum

Papa aku selalu minta aku amalkan ayat Bismillah 6.
Alhamdullillah akan menjadi amalan selamanya.. 
So sekadar ingin berkongsi Fadhilat Bismillah 6 ( sumber dari sini).





Bismillah 6

1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.

2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.

4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.

5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.

6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.

Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”

fadhilat dan fungsi bismillah 6

- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas :

Letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat
Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada
air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar
darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, Insyaallah. 

Dec 5, 2011

Puasa Sunat Assyura 9 dan 10 Muharram (5 & 6 Disember 2011)

Assalamualaikum

Hari Selasa 6 Disember  2011 bersamaan 10 Muharram 1432 H merupakan Hari Assyura yang disunatkan berpuasa bagi Umat Islam.


PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM

Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.



Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.



Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.



10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
Puasa pada hari ke 10 sahaja.

14 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA

1.Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3.Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4.Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5.Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6.Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9.Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat

Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12.Membaca
"hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13.Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Mudah-Mudahan kita diberi taufiq untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada saudara-saudara Islam kita yang lain. InsyaAllah..

Dec 2, 2011

Dinner.. Retro Black+Red theme

oommmooo...sabtu ni got dinner..ade plak tema hitam+merah...pastu RETRO plak tuh...adeii nak pakai ape nih...yang nmpk dlm kepala aku polka dot ajo ler..kang ramai sgt yg pakai polka dot.. plak tuh papa aku request suh pakai sopan-sopan..apa ssh aku pakai tudung trus br sopan kan..hehe..tp baju ape??dress kah??long skirt kah??ayoiiii...tak mengapa lah nnti aku upload ape yg aku pakai...tapi seriusly..aku nk pakai cam yang kat bawah tuh.....hahahahah




Merah nya mak ngah