May 28, 2011

Promosi Kerja Kahwin 2011

Assalamualaikum....

Hari ni nk share something...kawan2 yang tgh plan nk kawen thn ni or thn depan...dan still lg xde idea nk pakai ape...pelamin ape..tema ape..jom beramai ke Promosi Kerja Kahwin 2011 yang sedang berlangsung di di Kompleks Kraf ,Jalan Conlay Kuala Lumpur bermula:

Tarikh:   26 Mei – 06 Jun 2011
Jam    :  10.00 pagi – 8.00 malam ( Ahad – Khamis )
             10.00 pagi – 10.00 malam ( Jumaat dan Sabtu ). 

Promosi yang bertemakan “Kraf dan Perkahwinan Malaysia” ini mengetengahkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk kraf yang bersesuaian dengan persiapan majlis perkahwinan pelbagai masyarakat di Malaysia.

Bukan hanya barangan perkahwinan je yang ade...kalo korang rase nk cari baju untuk raya pom ni laa ms nye...jgn laa last minit br nak cari...now is the best time to get it. ade bermacam2 promosi kain batik sutera kat sini.. jgn segan singgah kat booth BT23-PERSADA SUTERA...dptkan koleksi batik sutera kurung,jubah,kaftan,blaus dan kurung anda...


Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya promosi ini di antaranya adalah Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan, Pameran Taman Raja Sehari, Demonstrasi Andaman dan Tatarias Pengantin Malaysia, Fesyen Busana Pengantin, Manifestasi Perkahwinan Malaysia,  Pertandingan Seni Perkahwinan, Perkhidmatan Lawatan Berpandu dan sebagainya.

Orang ramai adalah dijemput hadir.



No comments: