Mar 16, 2013

Ketam Goreng Telur Masin

Alhamdulillah..
Mode malam ini ialah update blog.

Okay malam ni  aku nk share resipi ketam yang telah digoreng dan di telur masin kan..
apakah? Heee first time aku makan ialah kt my hometown Kota Bharu 2thn lepas..Ohooooo makanan kt KB mmg best2 ..Drooling~~
Then balik KL aku masih lagi craving kt ketam telur masin..dan bermula lah pencarian dan pembelajaran untuk membuat ketam goreng telur masin..
Tanpa membuang masa sila lah rujuk resipi dibawah..

Ketam Goreng Telur Masin

ade biji2 putih kerana telur masin yg warna putih tidak dilenyek sepenuhnya :p.. so lenyek semua telur yg direbus betul2 yer.. :)

Bahan-Bahan:
4 ekor ketam (ketam bunga atau mud crab pom boleh..di potong 2)
4 biji telur masin (direbus dan korek isinya  dan di lenyek dicampur dgn susu cair)
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak masak
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
6-8 biji cili padi (dihiris)
4 helai daun kari 
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
Garam secukup rasa

Cara-Cara:
- Ketam dibersihkan dan dikukus hingga masak
-Campurkan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata
- Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan. Angkat, toskan dan ketepikan.

- Panaskan mentega
-Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga harum
-Kemudian masukkan telur masin yang di lenyek tadi bersama susu cair
mGaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam sikit saja kerana telur dah masin
Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.

No comments: